Wednesday, December 2, 2009

Betulkan Tanggapan Anda Dengan Sistem CGPro Kami!!

Emel dibawah ini adalah contoh pertanyaan tentang Sistem CGPro
kami. Mungkin ada pelanggan lain yang mempunyai pendapat seperti
ini. Jadi, saya perlu perbetulkan pendapat anda tersebut.


2009/12/2 xxxxxxxxxxx<xxxxxxxxx@yahoo.com>


Pasal apa nak iklan lagi, saya tak ada masa nak iklan, dan tak pandai hanya nak Duduk Diam Dapat Duit saja, walau pun tengah tidur,

En.xxxxxxx,

Memang betul dengan Sistem Email Autoresponder ini anda akan dapat duit walaupun tengah tidur tapi saya nak tanya En.xxxxxxxxxx, bagaimana orang nak tahu tentang website En.xxxxxxxxx kalau
anda tak iklankan website atau dedahkan website anda kepada orang lain?

Bagaimana orang lain nak join anda kalau mereka tak sedar tentang kewujudan website anda?

Semua bisnes dalam dunia ini....diulangi, semua bisnes didunia ini tak kira online atau offline, perlukan pengiklanan untuk orang tahu apa produk yang kita jual. Bagaimana orang nak tahu produk kita kalau kita tak beritahu pun orang lain tentang produk kita tersebut?

Iklan sangat-sangat penting untuk promosi apa sahaja produk anda.

Jadi, bagaimana saya kata anda boleh buat duit walaupun tengah tidur dengan Sistem CGPro saya tersebut?

Ok....dengan membuat iklan tentang website anda dalam mana-mana iklan yang saya cadangkan sebelum ini menyebabkan orang lain tahu tentang kewujudan website anda. Tindakan anda hanya sekali sahaja iaitu memasukkan iklan dalam ruangan iklan yang disediakan, kemudian tindakan lain Sistem Email Autoresponder kami akan buat tugas mereka.

Mungkin semasa anda tengah tidur, ada orang layari iklan anda tersebut dan mereka berminat melayari website anda. Selepas itu, mereka akan dapat rangkaian emel-emel yang saya dah
sediakan pada awalnya.

Mungkin pada emel yang ke 3 atau 4, mereka berminat untuk join dibawah anda dan pada masa itulah, duit dimasukkan dalam akaun anda tanpa sedar sebab anda tak perlu hantar emel secara manual pun. Begitulah caranya Sistem CGPro kami buat duit ketika anda tidur atau apa sahaja yang anda lakukan.

Cuba anda fikir secara logik, bagaimana anda nak buat duit ketika tidur tapi anda tak beritahu pun orang lain tentang website anda?

Sistem CGPro kami memendekkan baaaaanyak masa anda untuk membuat iklan tapi bukan alat untuk membuat duit ketika tidur tanpa usaha apa pun.

Nasihat saya, bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Kalau sistem saya ini boleh menjana duit tanpa usaha apapun, sayalah orang pertama yang menjadi kaya-raya dengan sistem ini.

Saya pun seperti anda juga, tengah berusaha untuk mencari pendapatan tambahan dengan Internet. Saya juga buat banyak iklan untuk tarik perhatian pelawat melawat website saya. Kalau saya tak buat begitu, saya pasti anda pun mungkin tak tahupun tentang sistem yang saya tawarkan ini.

Minta maaf, En.xxxxxxxx....Jangan ambil hati dengan emel saya ini kerana saya ingin perbetulkan tanggapan anda. Saya juga ingin bantu orang-orang seperti anda betul-betul menjana duit di Internet kerana saya lihat jarang pemilik satu-satu program menjana duit akan bersungguh-sungguh membantu pelanggan mereka. kebiasaanya pelanggan mereka akan ditinggalkan begitu sahaja selepas mereka mendapat duit mereka.

Jadi, harapan saya untuk anda ialah masukkan website anda dalam beberapa iklan yang dirasakan sesuai dan lepas itu, anda boleh lihat perkembangannya selepas itu.

Anda juga boleh lihat berapa ramai list yang subscribe dibawah anda dengan mengikuti langkah-langkah dibawah :

1. http://www.freeautobot.com
2. Klik pada "log in"
3. Masukkan "username" dan"password" anda, klik "login"
4. Klik "Search lead"(pada bahagian atas website)
5. Klik butang "search"
6. Anda akan lihat senarai-senarai nama orang yang list dengan anda.
7. Untuk lihat status subscriber anda tersebut, klik butang "help" ditepi atas kanan website tersebut.

Kalau anda tak faham, boleh emailkan kepada saya semula nanti.

Jangan jemu untuk emailkan apa sahaja masalah anda kepada saya nanti dan Insya Allah! saya cuba bantu mana yang terdaya.

Terima kasih.

Nik Nasruddin NM
adminkomisen@gmail.com
-------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment